Imam Ibnul Jazari (833H) adalah tokoh paling utama dalam bidang Al Quran dan Qiraat. Kepakarannya dalam bidang ini tiada pertikaian lagi. Tetapi bagaimana pula dalam bidang Feqah contohnya?
Imam Jalaluddin As Suyuthi ada menyebut (rujuk Fahras al Faharis) :
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ فِى الْفِقْهِ مَعْرِفَةٌ
Beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam Feqah
Di dalam Dhau’u al Lami’ pula, Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani ada menyebut :
وَلَيْسَ لَهُ فِى الْفِقْهِ يَدٌ بَلْ فَنُّهُ الَّذِى مَهَرَ فِيهِ الْقِرَاءَاتُ
Tiada baginya kemahiran di dalam feqah, bahkan bidangnya yang dikuasainya ialah qiraat.
JAWAPAN :
Sebenarnya, maksud kata-kata di atas di disi para peneliti ialah Imam Ibnul Jazari tidak terkenal di dalam bidang feqah seperti terkenalnya di dalam bidang Al Quran dan qiraat. Buktinya :
:
Di dalam Tahbir At Taisir yang ditahqiq oleh Dr ahmad Muhammad Muflih al Qudhah, dinyatakan bahawa Imam Ibnul Jazari telah bertalaqqi ilmu feqah dengan :
1- Imam Sirajuddin Al Bulqini (805 H) yang dianggap mujtahid dan mujaddid abad ke 8.
2- Imam Abul Al Baqa’ Ahmad As Subki(777H), alim besar mazhab Syafie pada zaman itu. Bahkan seluruh keluarganya (As Subki) adalah para Ulama’ besar.
:
1-Al Hafiz Ibn Katsir memberikan izin kepada Imam Ibnul Jazari berfatwa pada tahun 774 Hijrah.
2- Allamah Dhia’ Uddin Al Qarami pula memberikan izin kepada beliau untuk berfatwa pada tahun 778 Hijrah.
3- Imam Al Bulqini memberikan izin kepada Imam Ibnul Jazari berfatwa pada tahun 785 Hijrah.
Ini boleh dilihat di dalam Ghayah An Nihayah, Dhao’u al Lami’ dan Syaqaiq An Nikmaniyyah.
Pernah dilantik sebagai qadhi bumi Syam pada tahun 795H. Cuma beliau tidak lama memegang jawatan ini. Beliau juga pernah menjadi qadhi di Syiraz, Iran. Dan di sana, beliau membina sebuah Maahad bernama Darul Quran. Dikatakan beliau disemadikan di sana.
Sumber : Ust Hanif Azmir Hassim