KENAPA MIMNYA DIBACA FATHAH KETIKA WASAL?

Soalan : Ini berkaitan ayat pertama dan kedua Surah Ali Imran, iaitu pada huruf keduanya yang bersambung dengan lafaz Jalalah.. Kenapa mim pada Alif Lam Mim dibaca dengan fathah jika disambung dengan kalimah Allah. Kenapa tidak kasrah ?

Imam Muhammad bin Umar yang terkenal dengan Fakhruddin Ar Razi (606H), telah menjawab di dalam tafsirnya, Tafsir Al Kabir dengan pendapat Abu Ishaq Az Zajjaj (340H) Isinya seperti berikut :

1- Kasrah tidak sesuai dijadikan baris mim kerana Mim pada Alif lam Mim itu didahului huruf Ya. Jika dijadikan berbaris kasrah, akan berhimpunlah kasrah dan ya, maka itu berat (bagi lidah arab). Maka dengan sebab itu, Kasrah tidak digunakan dan yang dipilih ialah fathah.

 


 

:

Bila kita sebut م , sebenarnya kita sedang sebut tiga huruf iaitu ميم . Ada dua mim di situ dan di tengah keduanya ada ya mati.

Farhan lebih ringan pada sebutan Dari kasrah.

Bagi orang Arab, Kasrah yang didahului ya mati adalah agak berat pada lidah .

Justeru, membunyikan mim (kedua), dengan kasrah مِيمِ الله sedang sebelumnya ialah ya’ mati adalah lebih berat berbanding membariskan mim (kedua) dengan fathah مِيمَ اللهُ . Ini kerana selepas ya’ mati didatangkan dengan baris yang lebih ringan dari kasrah iaitu fathah.

2- Apapun, pendapat Az Zajjaj ini mendapat kritikan dari Abu Ali Al Farisi. Beliau mengatakan bahawa pendapat Az Zajjaj ditolak berdalilkan penggunaan kalimah ‘Jairi’ (جَيْرِ) yang mana huruf ra’nya berbaris kasrah dan sebelumnya huruf ya mati.

: maksudnya, seolah olah Abu Ali Al Farisi mengatakan : “Apa sukarnya menyebut ‘mimillah’. Bukankah orang arab mampu menyebut kalimah ‘Jairi’ dengan selesa”?.

3- Tetapi Imam Ar Razi menolak kritikan Abu Ali ini kerana:

Kasrah adalah harakat berat dan saudaranya ialah ya. Jika digabungkan keduanya, maka sudah pasti ia berat bagi lidah.

Dan perpindahan dari kasrah mim kepada alif ” الله ” ialah perpindahan dari harakat yang berat kepada harakat yang sangat ringan. Maka, ia akan mendatangkan kesukaran pada lidah iaitu untuk berpindah dari yang berbeza (kasrah) kepada lawannya(fathah) secara sekali gus.

Huraian: mudah fahamnya, jika Kita membaca ‘mimillah’ , ia ibarat seorang yang menjerit lalu tiba tiba berbisik. Maka sudah pasti, ia tidak sesuai.

Dan Ini berbeza jika kita memfathahkan mim, lidah akan berpindah dari dari fathah mim kepada Alif dengan ringan.

Tambahan :

1- Pada kalimah ‘Jairi’, terdapat perbincangan panjang. Maknanya ‘ya’ ( نعم dan أجل). Terdapat juga makna yang lain. Imam Al Kisaie, menyatakannya (Ra’) dengan khafadh tanpa tanwin. Rujuk Mu’jam Lisan Al Arab.

2- Dalam Bahasa Arab, harakat paling berat (أثقل الحركات) bagi lidah ialah dhommah kemudian kasrah kemudian fathah. Rujuk Al Asybah Wa an Nazhoir fi An Nahwi.

3- Sementara harakat paling kuat (أقوى الحركات) pula ialah kasrah, kemudian dhommah dan yang terakhirnya fathah.

 

 


 

UNTUK PENCINTA TAJWID

Dari sudut tajwid, saya memetik apa yang disebut di dalam kitab Ar Raudhah An Nadiyyah Syarh Matni Al Jazariyyah dengan huraian saya untuk memudahkan:

: mim akan dibaca panjang 6 harakat.

( ) : maka mim(kedua) akan difathahkan dan mim (pertama) dibaca 6 atau 2 harakat. Cara mudahnya dibaca miiiiiimallah atau miimallah.

Difathahkan kerana pertemuan dua sukun. Dibaca 6 harakat kerana mim pada asalnya ialah mati . Dan dibaca dua harakat kerana ia telah berubah menjadi berbaris yang menhilangkan sebab Mad Lazim.

Nas Ar Raudhah An Nadiyyah Syarah Jazariyyah.

إِذَا وَقَفْنَا عَلَى آخِرِ ال بِدُونِ وَصْلِهَا بِمَا بَعْدَهَا فَلَا بُدَّ مِنْ مَدِّ الْمِيمِ سِتَّ حَرَكَاتٍ ؛ أَمَّا إذَا وَصَلْنَاهَا بِالْآيَةِ الَّتِي بَعْدَهَا فَسَوْفَ تَكُونُ الْمِيمُ مَفْتُوحَةً لِتَفَادِي الْتِقَاءِ السَّاكِنِينِ هَكَذَاالمَ اللهُ لَا إلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} أي بِفَتْحِ الْمِيمِ وَعَدَمِ نُطْقِ هَمْزَةِ لَفْظِ الْجَلَالَةِ اللهَ لِأَنَّهَا هَمْزَةُ وَصْلٍ تَسْقُطُ حَالُ الْوَصْلِ، وَهَذِهِ الْفَتْحَةُ عَارِضَةٌ أَتَتْ لِتَفَادِي اِلْتِقَاءِ السَّاكِنِينِ.هُنَا فِي حَالَةِ الْوَصْلِ يَجُوزُ لَنَا وَجْهَانِ: إِمَّا مَدُّ الْمِيمِ سِتَّ حَرَكَاتٍ بِاِعْتِبَارِ أَنَّهَا فِي الْأَصْلِ سَاكِنَةٌ، أَوْ قَصَرَهَا إِلَى حَرَكَتَيْنِ فَقَطْ بِاِعْتِبَارِ أَنَّهَا أَصْبَحَتْ غَيْرَ سَاكِنَةٍ وَانْتَفَى سَبَبُ الْمَدِّ اللَّازِمِ.

Nas dari Tafsir Al Kabir.

أَمَّا الْبَحْثُ الثَّانِي: فَلِقَائِلٍ أَنْ يَقُولَ: السَّاكِنُ إِذَا حُرِّكَ حُرَّكَ إِلَى الْكَسْرِ، فَلَمِ اُخْتِيرَ الْفَتْحُ هَاهُنَا، قَالَ الزَّجَّاجُ فِي الْجَوَابِ عَنْهُ: الْكَسْرُ هَاهُنَا لَا يَلِيق، لِأَنَّ الْمِيمَ مِنْ قَوْلِنَا : الم مَسْبُوقَةٌ بالياء فَلَوْ جُعِلَتِ الْمِيمُ مَكْسُورَةً لِاجْتَمَعَتِ الْكَسْرَةُ مَعَ اليَاءِ وَذَلِكَ ثَقِيلٌ، فَتُرِكَتِ الْكَسْرَةُ وَاُخْتِيرَتِ الْفَتْحَةُ.

وَطَعَنَ أَبُو عُلِيَ الْفَارِسِيُّ فِي كَلَاَمِ الزَّجَّاجِ، وَقَالَ: يُنْتَقَضُ قَوْلُهُ بِقَوْلِنَا: جَيْرِ، فَإِنَّ الرَّاءَ مَكْسُورَةٌ مَعَ أَنَّهَا مَسْبُوقَةٌ بِاليَاءِ، وَهَذَا الطَّعْنُ عِنْدِي ضَعِيفٌ، لِأَنَّ الْكَسْرَةَ حَرَكَةٌ فِيهَا بَعْضُ الثِّقَلِ وَاليَاءُ أُخْتُهَا، فَإِذَا اِجْتَمَعَا عَظُمَ الثِّقَلُ، ثُمَّ يَحْصُلُ الْاِنْتِقَالُ مِنْهُ إِلَى النُّطْقِ بِالْأَلِفِ فِي قَوْلِكَ : اللهُ هُوَ فِي غَايَةِ الْخِفَّةِ، فَيَصِيرُ اللِّسَانُ مُنْتَقِلًا مِنْ أَثْقَلِ الْحَرَكَاتِ إِلَى أَخَفِّ الْحَرَكَاتِ، وَالْاِنْتِقَالَ مِنَ الضِّدِّ إِلَى الضِّدِّ دَفْعَةً وَاحِدَةً صَعُبَ عَلَى اللِّسَانِ، أَمَّا إِذَا جَعَلْنَا الْمِيمَ مَفْتُوحَةً، اِنْتَقَلَ اللِّسَانُ مِنْ فَتْحَةِ الْمِيمِ إِلَى الْأَلِفِ فِي قَوْلِنَا: اللهُ فَكَانَ النُّطْقُ بِهِ سَهْلَا، فَهَذَا وَجْهُ تَقْريرِ قَوْلِ سِيبَوِيْهَ واللهُ أَعْلَمٌ.

 


Sumber : Ust. Hanif Azmir Hassim 

Leave a Reply